Khamis, 25 Februari 2010

Facebook

Ah baru terkena virus FB! Yang bagusnya dapat hubungi kawan-kawan lama tambahan pula sekarang jauh di Ipoh. Kawan ramai di KL.. Agak sunyi di sini. Tapi bagus juga sebab kurang gangguan sosial. Nak bersosial, pergi ke FB.. hmm tak perlu teh tarik lagi. Bagus sangat sebab aku sah kena kencing bergula.

FB untuk business - ya ya ya.. boleh promote business di FB. Tapi bosan dengan spammers! Sesetengah tu melampau dan keterlaluan. Tak ada sopan santun dan mungkin juga boleh kata, tak reti adab marketing.

FB ni pun dah aku guna untuk promote free ebooks (Asas Internet & Laman Web). Sekarang agak sibuk menyediakan banyak lagi ebook asas ni. Asas ni penting.. macam buat bangunan jugak, foundation kena kukuh, kalau tak.. runtuh.

Untuk download ebook percuma bolehlah pergi ke http://www.randukbenua.com - di sana terdapat juga beberapa artikel untuk pengetahuan tambahan.

Tiada ulasan: