Bagaimana Memulakan Perniagaan Secara Online.
Ketuklah sembilan dari 10 dari pintu rezeki yang ada. Masuklah ke pintu pilihan dan anda telah dijanjikan rahmatNya. Business! Itu bukan janji saya tapi itulah hakikatnya. Terpulang apa jenis business yang dijalankan yang penting ianya halal dari segala sudut. Sumbernya, caranya dan segala aspek mesti ikut hukum. Jangan lompat pagar jangan menyusup bawah meja!
Sebagai menunaikan amanah yang terpikul dijemala patik! Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dalam perniagaan secara online. Bukan niat mahu bergaya sombong tetapi rasanya membazir kalau ilmu ini dibawa kekubur sebelum sampai kepada orang lain untuk dimanafaatkan. Saya bukanlah hebat tetapi ada sedikit ilmu yang terkumpul dari tahun 1999 hingga kini. Sebelum ianya berkarat elok kita sama-sama berkongsi.
Apa yang anda perlukan untuk bermula?
Mulakan dengan bismillah dan kemudian pasang niat. Pasanglah niat apa pun, nak kaya, nak senang, tapi jangan lupa di hujung niat mesti ada kalimah kerana Allahtaala. Moga kita terhindar dari keburukan dan sesal di kemudian hari.
Pertama saya ingin mohon maaf kerana bahan (bertulis) telah hilang dan terpaksa mengarang semula, jadi pasti ada cacat celanya.
Laluan Internet
Syarat pertama mestilah ada kemudahan internet, paling tidak boleh gunakan komputer di Cafe tetapi lebih baik ada laluan sendiri - Lebih bagus jika ada broadband. Bila ada laluan bolehlah menjelajah dan perhatikan apa yang orang lain buat. Apa yang mereka jual? Bagaimana dengan permintaan. Biasanya jika banyak laman yang serupa maka permintaannnya mungkin sangat tinggi - dan pasti persaingan juga sangat hebat. Biasakan diri dengan enjin carian (search engine) seperti Yahoo, Google, MSN dan sebagainya. Ini adalah tempat rujukan paling besar dan sangat penting dalam perniagaan internet.
Kenali Enjin Carian
Sebagai tempat anda mencari bahan rujukan, melihat persaingan dan tempat anda mempromosi laman dan produk anda. Google adalah antara yang paling popular buat masa ini selain direktori Yahoo. Gunakan enjin carian tersebut dan ketahui serba sedikit selok beloknya.
Email atau Telefon?
Untuk perniagaan lebih baik gunakan email yang bukan percuma. Yahoomail, Gmail, Hotmail adalah antara email percuma dan masih boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Tiada gading, tanduk pun laku! Jika tiada email, anda perlukan lain-lain cara untuk dihubungi seperti talian telefon. Selain itu anda perlukan laman web sendiri. Gmail juga telah berkembang maju, sekarang anda boleh menggunakan platform Gmail dalam masa yang sama mengirim melalui alamat email sendiri.
Laman Web
Mungkin tidak perlu laman web jika anda gunakan EBAY atau yang seumpamanya (Ebay akan diceritakan dalam tajuk lain). Laman web adalah tempat anda mempamirkan produk/servis yang disediakan. Ianya seperti "kedai" dan dibuka 24jam atau sepanjang masa! Itulah kelebihannya. Ianya boleh di lawati dari mana-mana pelusuk dunia! Hebat! Dalam pemilihan produk/servis nanti jangan lupa, anda boleh berniaga dengan siapa sahaja walau di mana mereka berada. Sebelum memiliki laman web, anda perlukan nama laman (domain name). Ianyanya seumpama alamat kedai atau pejabat. Tanpa domain name kedai anda tidak akan ditemui (kerana alamatnya tiada). Fikirkan nama yang sesuai untuk didaftarkan. Panduan berkenaan pemilihan nama akan diberikan dalam artikel seterusnya.

- Pemilihan Produk (Produk Sendiri atau "Reseller")
- Pemilihan Nama
- Pendaftaran Nama - .com, .net, (dari US9.00) .com.my, .net.my (RM100.00) .my (RM120)
- Hosting (Sewa Ruang) - Sekarang sudah murah berbanding 5 tahun lalu.
- Rekabentuk Pratikal Bukan Syok Sendiri
- Pembinaan Laman (Gunakan khidmat webmaster atau WebBuilder)
- Promosi Laman Online & Tradisi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan